Haa....Ni tajuk corat coret hari ni. Amacam suspen kan?. nak tau korang kenalah baca sampai habis.
Akak pilih tajuk ni bukan sebab akak orang Kedah tau, tapi memang Kedah Best pun. Banyak sangat akak nak cerita kat sini. Mulai minggu ni akak akan buat siri, eh..episode Ala ala Jalan Jalan Cari Makan yang kat dalam TV tu, cam tu. So sesapa yang belum pernah mai Kedah , hampa baca saja blog ni.
Mula mula akak nak jawap soalan atas tu, Apa istimewanya Kedah. Hemm...akak tanya akak jawap. Sebenarnya banyak yang istimewa kat Kedah ni, tapi cukup akak nak habaq yang tiga ni dulu:
1.Pemandangan
2.Kuih Muih dan Makanan
3.Pekan Rabu
1.
PEMANDANGAN
Cuba korang tengok gambar gambar ni. Kalau korang tak kata cantik memang sajalah korang tak nak mengaku kan,,,
Dulu cikgu akak pernah bagitau, emaknya orang Negeri Sembilan bila mai Kedah masuk saja highway dari Sungai Petani jangan diajak berbual sebab maknya nak menikmati pemandangan sawah padi yang cantik tu. Tu mak dia kata...testimoni lah ya. bukan akak reka reka cerita. Sah sah memang cantik sangat. Pemandangan macam ni memang korang tak boleh nampak kat negeri lain. Kalau waktu padi baru membesar, sekitar bulan Mei, Jun, macam hamparan karpet hijau. Bila dah masak pula semuanya jadi warna oren dan keemasan. Kalau yang first time mai Kedah, memang boleh terbuntang blink blink biji mata korang tengok pemandangan ni.
Ok, kalau korang tanya masa terbaik melawat Kedah, kut kut ada yang minat nak mai lepas baca blog ni, masanya ialah antara bulan Julai hingga Ogos dan November hingga Januari. Sebab masa tu padi tengah masak. Acara yang menarik waktu tu ialah memancing. Sepanjang jalan korang boleh tengok orang memancing. korang boleh tumpang sekaki kalau nak. Pancing ajalah kat sawah padi ka, taliair ka memang mengena lah. janji korang sabar. Time tu memang banyak ikan puyu dan sepat dalam sawah padi. Silap silap haribulan tak payah pancing, kalau korang jenis yang berani ambil saja dengan tangan. Seluk orang Kedah kata. Masa tu jugak time orang Kedah suka berbasikal. tak kisahlah basikal yang mahal ke murah ke, macam Le Tour d langkawi banyaknya.
Bila time tuai padi pulak, adalah masa bulan rezeki untuk burung bangau, korang boleh tengok memutih kat dalam sawah. Terutama sebelah pagi dan petang. Subhanallah kasihlah Allah kat makhluknya. Masing masing ada bahagian.
Antara bulan Februari hingga April, akak tak suggest melawat Kedah sebab time ni selang masa padi nak ditanam semula. Memang tak ada pokok padi pun korang boleh tengok. Masa ni jugak musim panas kat Kedah. Temperature boleh naik 36 ke 38 c. Panaih lit lit orang Kedah kata. Ha...ni akak belanja gambar time tu.
OK keistimewaan no 2 ialah
2.
KUIH MUIH DAN MAKANAN.
Ni bab akak suka nih, kalau nak rasa macam macam kuih memang Kedahlah tempatnya.. Pagi pagi memang banyak sangat orang jual. Tepi jalan, hujung jalan, simpang jalan, depan rumah, kat kedai makan lagilah. Walaupun ada yang dah naik harga, masih banyak lagi yang 3 bijik RM 1 tau...
Bukan pagi aja , petang pun depa jual jugak, hah memang enterpreneurlah orang Kedah ni. Ni kat Pekan Jitra, jam 12 tengahari dah mula jual, akak kasi promo sikit. Macam macam jenis korang boleh rasa, kuih badak, pulut udang, pulut inti, ketayap, kuih kacang, cekodok, lepat pisang, lepat liat, pulut seri muka, apom, lopes, kuih pau, karipap, macam macam lagilah.

Satu lagi, sesapa yang mai Kedah ni mesti nak cari Laksa. Ye lah Laksa Kedah manalah ada kat tempat lain kan. Walaupun kat KL ke Johor ke , siap tulis laksa Kedah lagi , memang sebijik nama tu, tapi bab rasa dia, hemm, boleh saman........ kalau korang nak rasa yang best, kat Alor Setar berdekatan TESCO Mergong , korang boleh cuba Laksa Ikan Seekor. tapi orang Kedah pronounce Ikan Sekoq. KEISTIMEWAAN ?? Tentulah sedap dan murah. Sepinggan tak sampai pun RM 5. Murah, memang murah, sedap dia memang tak payah nak ceritalah, Hampa mai rasa baru tau....... Tapi akak nak pesan jugaklah, orang perempuan kalau nak badan cantik, tak bolehlah selalu makan laksa, kembang urat. Tu sebab kalau bersalin orang tua tua pesan edah pantang laksa ni 1 tahun lamanya. Tu kalau nak badan cantiklah, kalau tak,,,, Hentam Sajalah Labu......
3.
PEKAN RABU
Korang mesti pernah dengar kan nama Pekan Rabu ni.Tak payahlah akak nak cerita sejarah dia panjang lebar. Tu korang boleh Google jer. Sekarang ni tapak asal Pekan Rabu sedang dibuat kerja pembinaan semula. Untuk sementara peniaga kat situ berniaga dekat bangunan bersebelahan Bangunan Pacific. Kalau korang mai Kedah kalau tak pi Pekan Rabu ni macam tak mai Kedah. Memang tak sah.Sebabnya kalau pergi Pekan Rabu ni tak payah lagi nak ronda sana sini cari barang nak bawa balik. Senang cakap One Stop Centerlah. Hampa nak kuih ka, baju ka, ubat ka, minyak angin ka, barang kecantikan ka, semua adaaa....... Apa yang Popular??? Tentulah Dodol, Kuih Loyang, Peneram, Serunding, Cakar Ayam yang manis dan best tu, Asam pedas, Asam manis, Gula Kabong, Buah kana, Biji Gajus, Ikan Kering, Pekasam, Belacan.....mau setengah hari akak nak senarai ni. Hampa tanyalah sapa yang mai Kedah. Tu lah tempat depa tuju. Barangan dia memang terbaik. Pasal tu lah adik beradik akak kat KL pantang dengar akak nak ke sana, mesti keluar ayat power, " Hang jangan lupa bawak mai dodoi no, ikan kering, belacan, bla..bla...... ..hem.. mau 1 gerabak keretapi.

Oleh kerana kuih muih ni keluaran orang kampong industri kecil, memang dijamin sedap. lagi satu tak perlu risaulah dari segi kebersihan. Tak ada bahan berbahaya. Ikan kering dia memang umph....sekali kena memang korang cari lagi punya.
Ni akak nak iklan jap, kalau korang teringin nak makan makanan Pekan Rabu tu, tak payah lah kalut kalut nak balik Kedah, korang boleh beli online jer. nanti korang tunggu jer kat rumah, dapatlah tu. Ni akak kasi link facebook
Https://www.facebook.com/iris.mall yang buat business tu.
Ok , akak rasa cukup dulu buat kali ni. Harap korang enjoy n dapat info yang membantu korang kalau mai Kedah. Untuk corat coret akan datang akak nak cerita tentang 3 tempat makan yang memang best. Penuh dengan nilai Kreatif dan Asli. Kalau korang ada pertanyaan atau topik nak akak carikan info korang reply ajer kat ruangan tu, nanti akak respon. Hampa suka akak lagi suka.. hingga jumpa lagi , salam sayang buat semua.