Monday, April 25, 2016

REZEKI BANTUAN AMANAH IKHTIAR



REZEKI  PROJEK AMANAH IKHTIAR

Assalamualaikum  WRT...WBT...

Semoga pagi ini semua sahabat sahabat alam maya berada dalam kesihatan yang memuaskan dan bahagia di mana jua berada serta dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Pagi ni digembarkan dengan berita rompakan Bank Simpanan Nasional Jitra. Macam tak percaya ini boleh berlaku di kawasan Jitra. Entahlah macam macam kes dan cara orang nak mencuri ni. Kreatif memanglah kreatif cuma sekiranya kekreativitian ini disalurkan melalui kaedah yang betul alangkah bagusnya. Nampaknya orang nak senang tanpa perlu bersusah payah. Sedangkan jika kita berusaha Insyaallah rezeki yang halal dan diberkati akan diberikan oleh ALLAH.

Bercakap tentang rezeki dan usaha ini, teringat akak makcik yang selalu datang jual kuih kat perumahan. Selalunya akak beli aja tanpa sempat berbual. Maklumlah waktu makcik ni datang biasanya dalam jam 11 pagi yang time tu tengah macam lipas kudung kat dapur masak sambil basuh baju. Minggu lepas oleh sebab agak kurang sibuk dengan kerja rumah, maka akak sempatlah berbual dan mengambil gambar makcik ni. Bukan main senyum lagi bila akak bagitau nak letak dalam blog untuk promo. Sporting jer makcik ni. Tengok airmuka memang seronok senyum selalu.








Rupanya makcik ni dah 25 tahun berjual. Fuh... memang lama tu. Untuk modal makcik ni ambil modal dari amanah ikhtiar. macam macam kuih yang dijual. Memang nampak sedap. Bauhulu, Peneram, Mazola dan beberapa jenis lagi. Sebab minat biskut Mazola ni akak ambil 3 paket . Murah jer. Memang Nampak gebu dan menarik.





SEDAP???? .. Mestilah Sedap...
Nampak ni, anak akak siap jadi model lagi. Yang makan maknyer...



ik ni Makcik Yah, Tinggal dekat PIDA 3, Kedah. Selalu makcik ni datang berdua dengan kawannya. naik motosikal. Tu lah, jika berusaha memang ada rezekinya. Tak payah nak pi letup atau bom ka sana sini. Rezeki pun berkat. Biar sikit tapi berkekalan dan mencukupi. Tak adalah orang sumpah seranah macam mencuri, dapat duit berkarung pun belum tentu hati senang dan bahagia. Tengok Makcik Yah ni, senyum jer, rezeki berkat. Alhamdulillah....





HINGGA JUMPA LAGI.
SALAM SAYANG UNTUK SEMUA.


Wednesday, April 20, 2016

SAKURA DATANG LAGI


HAI ....HAI....HAI




Sesiapa yang teringin sangat nak tengok musim bunga sakura tapi masih tak cukup duit nak ke Jepun ka atau mana yang ada musim BUNGA SAKURA,  ALAHAI............ , JANGAN SEDIH,  cepat mai Kedah. Sekarang ni tengah bunga sakura megar berkembang tau. Tak caya, ok... kat bawah ni buktinya, beberapa keeping gambar yang sempat diambil kelmarin, semalam lah tu orang KL kata....










Ni gambar kat jalan sepanjang ke Airport Sultan Abdul Halim, actually  kat luar memang cantik sangat, tapi maklumlah lensa murahan plus jurufoto pun tahap kelas 3 jer.............. tak palah, janji boleh jugak tunjuk kat orang luar. Mai Kedah boleh tengok sendiri. nak cepat malam nanti boleh tempeh tiket MAS.



Yang bawah ni pulak kat jalan Istana, Jitra, kat jalan kampong pun banyak.................................









Yang ni pulak iklan kat surat khabar hari ni, sebab tu lah yang akak masukkan gambar ni, tak sempat sempat lagi nak pergi ambil lagi sekeping dua, bukan apa nak kasi tau KEDAH MEMANG BEST....







ni pulak gambar tahun sebelum ni. tambah sikit nak banyakkan gambar.


MAI KEDAH, JANGAN TAK MAI
KEDAH BEST.

PETUA AWET MUDA DAN SIHAT





Assalamualaikum semua pembaca blog akak,

Diam tak diam dah 1 minggu akak tak update blog ni yer. Memang lamalah kiranya tu. Seboleh mungkin memang janji akak nak update setiap 2 ke 3 hari. Banyak cerita  akak nak tulis untuk dibaca. Jika ada manfaatnya Alhamdulillah boleh dikongsi bersama. Sebenarnya akak sibuk betul minggu lepas, ke Kl kenduri kahwin anak saudara. Ini kenduri yang pertama dalam family akak tau, so memang seronok dan teruja sangat. Semua happy dapat ahli keluarga baru. nanti akak belanja gambar sekeping kat bawah lepas artikel ni ya. Untuk anak saudara akak Nadia dan Daniel , Moga bahagia hingga ke Jannah.






Oh ya, pagi ni akak nak cerita pasal awet muda pulak. Ada ka yang tak mau awet muda ?, hah cuba bagitau. Cam tak percaya lah kalau ada yang ngaku tak nak, kalau tidak takkanlah laris macam nak rak supplement, alat solek, kolagen segala macam. letak sikit gambar model yang muda cun, hah, tunjuk beza umur diskaun 5 ke 10 tahun kalau ambil produk yang dipromo tu, terlajak Larislah jawabnya. Ni akak tak nak komen, sebab ya lah akak sendiri pun nak awet, kalau boleh biar umur bertambah tak pa, tapi muka makin muda, hem.... boleh jadi ka macam tu,,,,,,,




Orang kata kalau nak tengok yang betul betul awet ni, tengoklah yang umur dah masuk 50 ke 60, warga emas lah tu, tapi muka dan badan masih maintain macam anak dara atau kurang kurang macam awal 40an. Mesti ada kan,,, banyak jugaklah personaliti atau artis ataupun individu yang akak baca dalam majalah yang memang awet macam ni. Mesti nak tau rahsia atau petua macam mana nak jadi cun dan anggun macam tu. Sah sah semuanya sepakat bagitau kalau nak cantik mestilah sehat kan. Kalau muka aja asyik tempek segala macam tapi badan tak sehat, kuyu layu mana nak cantiknya . tak ada seri atau aura lah. So nak ada aura dan seri ni benda dalaman, kalau sehat dalaman ,maka mestilah terpancar kat luar, orang tengok pun pandang tak jemu, manis, nampak sehat dan menarik.



Nak sehat ni step keduanya mesti jaga makanlah kaedahnya. Ini ikut kata depalah yang akak baca, bukan petua akak..  hu..hu nak buat macam mana sebab akak dah tak awet dah. so tak adalah petua akak sendiri. Sekadar tolong sampaikanlah niat hati agar semua adik adik , kak cik kak cik kat luar sana yang muda boleh amal dan kekal awet. Hah......cuba tau, jangan baca aja. ILMU KALAU DAPAT KENA AMAL. INGAT NI. Kalau tak buat penat akak tulis jer..

Yang akak perasanlah diorang yang awet ni memang suka makan ulam ulaman. Tu yang badan fullamak, cantikkk. sehat pulak tu, Tak adalah hinggap penyakit yang menghakis kecantikan....

Nanti korang tanya pulak, ulam apa diorang makan, cua belanja gambar sikit, kut kut esok boleh lah gi cari kat market ka, pasar tani ka, tak pun kat TESCO ka. Hah, ni korang jangan lah tanya akak pulak kat mana diorang beli. ITU SENDIRI MAU CARI YA......


Ok, ni gambar ulam ulam siap dengan keterangan lagi, Baca tau....... akak doakan korang cun dan cantik lawa n awet muda lagi. Akak tumpeng seronok pun jadilah.......



HINGGA JUMPA LAGI
SAYANG SEMUA

Monday, April 11, 2016

INDUSTRI KREATIF SEDIA PELUANG PEKERJAAN





Jika anda berminat untuk menceburi bidang industri kreatif,

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) MENAWARKAN PELUANG UNTUK ANDA. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, Nak tahu kenapa ??????/ Baca petikan di bawah...........................................






MINAT,  TAPI TAK TAHU SYARAT MASUK !!!!!!!!!!!!!

OK , SEMAK SYARAT SYARAT DI BAWAH INI :









APA TUNGGU LAGI, JOM MASUK UUM....

WHEN ALL THINK ALIKE, THEN NO ONE IS THINKING.
Walter Lippman






AN IDEA CAN TURN TO DUST OR MAGIC, DEPENDING ON THE TALENT THAT RUBS AGAINST IT.

Bill Bernbach









INFO TAMBAHAN

TUJUAN PROGRAM
MELAHIRKAN GRADUAN BERPENGETAHUAN YANG BERDAYA SAING, MEMPUNYAI ASAS DAN KEMAHIRAN DARI SEGI TEORI DAN PRAKTIKAL UNTUK MENGURUS DAN MENINGKATKAN INDSTRI KREATIF.


Sunday, April 10, 2016

APA ISTIMEWANYA KEDAH ??



Haa....Ni tajuk corat coret hari ni. Amacam suspen kan?. nak tau korang kenalah baca sampai habis.

Akak pilih tajuk ni bukan sebab akak orang Kedah tau, tapi memang Kedah Best pun. Banyak sangat akak nak cerita kat sini. Mulai minggu ni akak akan buat siri, eh..episode Ala ala Jalan Jalan Cari Makan yang kat dalam TV tu, cam tu. So sesapa yang belum pernah mai Kedah , hampa baca saja blog ni.

Mula mula akak nak jawap soalan atas tu, Apa istimewanya Kedah. Hemm...akak tanya akak jawap. Sebenarnya banyak yang istimewa kat Kedah ni, tapi cukup akak nak habaq yang tiga ni dulu:

1.Pemandangan
2.Kuih Muih dan Makanan
3.Pekan Rabu


1. PEMANDANGAN

Cuba korang tengok gambar gambar ni. Kalau korang tak kata cantik memang sajalah korang tak nak mengaku kan,,,






Dulu cikgu akak pernah  bagitau, emaknya orang Negeri Sembilan bila mai Kedah masuk saja highway dari Sungai Petani jangan diajak berbual sebab maknya nak menikmati pemandangan sawah padi yang cantik tu. Tu mak dia kata...testimoni lah ya. bukan akak reka reka cerita. Sah sah memang cantik sangat. Pemandangan macam ni memang korang tak boleh nampak kat negeri lain. Kalau waktu padi baru membesar, sekitar bulan Mei, Jun, macam hamparan karpet hijau.  Bila dah masak pula semuanya jadi warna oren dan keemasan. Kalau yang first time mai Kedah, memang boleh terbuntang blink blink biji mata korang tengok pemandangan ni.

Ok, kalau korang tanya masa terbaik melawat Kedah, kut kut ada yang minat nak mai lepas baca blog ni, masanya ialah antara bulan Julai hingga Ogos dan November hingga Januari. Sebab masa tu padi tengah masak. Acara yang menarik waktu tu ialah memancing. Sepanjang jalan korang boleh tengok orang memancing. korang boleh tumpang sekaki kalau nak. Pancing ajalah kat sawah padi ka, taliair ka memang mengena lah. janji korang sabar. Time tu memang banyak ikan puyu dan sepat dalam sawah padi. Silap silap haribulan tak payah pancing, kalau korang jenis yang berani ambil saja dengan tangan. Seluk orang Kedah kata. Masa tu jugak time orang Kedah suka berbasikal. tak kisahlah basikal yang mahal ke murah ke, macam Le Tour d langkawi banyaknya.









Bila time tuai padi pulak, adalah masa bulan rezeki untuk burung bangau, korang boleh tengok memutih kat dalam sawah. Terutama sebelah pagi dan petang.  Subhanallah kasihlah Allah kat makhluknya. Masing masing ada bahagian.






Antara bulan Februari hingga April, akak tak suggest melawat Kedah sebab time ni selang masa padi  nak ditanam semula. Memang tak ada pokok padi pun korang boleh tengok. Masa ni jugak musim panas kat Kedah. Temperature boleh naik 36 ke 38 c. Panaih lit lit orang Kedah kata. Ha...ni akak belanja gambar time tu.




OK keistimewaan no 2 ialah

2. KUIH MUIH DAN MAKANAN.

Ni bab akak suka nih, kalau nak rasa macam macam kuih memang Kedahlah tempatnya.. Pagi pagi  memang banyak sangat orang jual. Tepi jalan, hujung jalan, simpang jalan, depan rumah, kat kedai makan lagilah. Walaupun ada yang dah naik harga, masih banyak lagi yang 3 bijik RM 1 tau...
Bukan pagi aja , petang pun depa jual jugak, hah memang enterpreneurlah orang Kedah ni. Ni kat Pekan Jitra, jam 12 tengahari dah mula jual, akak kasi promo sikit. Macam macam jenis korang boleh rasa, kuih badak, pulut udang, pulut inti, ketayap, kuih kacang, cekodok, lepat pisang, lepat liat, pulut seri muka, apom, lopes, kuih pau, karipap, macam macam lagilah.



Satu lagi, sesapa yang mai Kedah ni mesti nak cari Laksa. Ye lah Laksa Kedah manalah ada kat tempat lain kan. Walaupun kat KL ke Johor ke , siap tulis laksa Kedah lagi , memang sebijik nama tu, tapi bab rasa dia, hemm, boleh saman........ kalau korang nak rasa yang best, kat Alor Setar berdekatan TESCO Mergong , korang boleh cuba Laksa Ikan Seekor. tapi orang Kedah pronounce Ikan Sekoq. KEISTIMEWAAN ??  Tentulah sedap dan murah. Sepinggan tak sampai pun RM 5. Murah, memang murah, sedap dia memang tak payah nak ceritalah, Hampa mai rasa baru tau....... Tapi akak nak pesan jugaklah, orang perempuan kalau nak badan cantik, tak bolehlah selalu makan laksa, kembang urat. Tu sebab kalau bersalin orang tua tua pesan edah pantang laksa ni 1 tahun lamanya. Tu kalau nak badan cantiklah, kalau tak,,,, Hentam Sajalah Labu......




3. PEKAN RABU

Korang mesti pernah dengar kan nama Pekan Rabu ni.Tak payahlah akak nak cerita sejarah dia panjang lebar. Tu korang boleh Google jer. Sekarang ni tapak asal Pekan Rabu sedang dibuat kerja pembinaan semula. Untuk sementara peniaga kat situ  berniaga dekat bangunan bersebelahan Bangunan Pacific. Kalau korang mai Kedah kalau tak pi Pekan Rabu ni macam tak mai Kedah. Memang tak sah.Sebabnya kalau pergi Pekan Rabu ni tak payah lagi nak ronda sana sini cari barang nak bawa balik. Senang cakap One Stop Centerlah. Hampa nak kuih ka, baju ka, ubat ka, minyak angin ka, barang kecantikan ka, semua adaaa....... Apa yang Popular??? Tentulah Dodol, Kuih Loyang, Peneram, Serunding, Cakar Ayam yang manis dan best tu, Asam pedas, Asam manis, Gula Kabong, Buah kana, Biji Gajus, Ikan Kering, Pekasam, Belacan.....mau setengah hari akak nak senarai ni. Hampa tanyalah sapa yang mai Kedah. Tu lah tempat depa tuju. Barangan dia memang terbaik. Pasal tu lah adik beradik akak kat KL pantang dengar akak nak ke sana, mesti keluar ayat power, " Hang jangan lupa bawak mai dodoi no, ikan kering, belacan, bla..bla...... ..hem.. mau 1 gerabak keretapi.



Oleh kerana kuih muih ni keluaran orang kampong industri kecil, memang dijamin sedap. lagi satu tak perlu risaulah dari segi kebersihan. Tak ada bahan berbahaya. Ikan kering dia memang umph....sekali kena memang korang cari lagi punya.

Ni akak nak iklan jap, kalau korang teringin nak makan makanan Pekan Rabu tu, tak payah lah kalut kalut nak balik Kedah, korang boleh beli online jer. nanti korang tunggu jer kat rumah, dapatlah tu. Ni akak kasi link facebook Https://www.facebook.com/iris.mall yang buat business tu.

Ok , akak rasa cukup dulu buat kali ni. Harap korang enjoy n dapat info yang membantu korang kalau mai Kedah. Untuk corat coret akan datang akak nak cerita tentang 3 tempat makan yang memang best. Penuh dengan nilai Kreatif dan Asli. Kalau korang ada pertanyaan atau topik nak akak carikan info korang reply ajer kat ruangan tu, nanti akak respon. Hampa suka akak lagi suka.. hingga jumpa lagi , salam sayang buat semua.









Wednesday, April 6, 2016

WASAP : BICARA RINDU DI ALAM MAYA





Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan penulisan blog ini. Kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang jualah saya titipkan doa agar nanti coretan pemerhatian dan pengalaman sepanjang usia ini sekiranya ada yang baik dapat dimanfaatkan dan jika yang buruk dijadikan suri tauladan dan sempadan.

Terima kasih buat adik Abdul Aziz, Yamin dan Syed yang membantu menyiapkan blog ini. Juga buat rakan rakan Niah, Syam,Tie, Watie, Lang,Aa,Milah,Leh,Deen,Shon, kak D, Kak Emi dan lain lain yang menjadi penggerak semangat.

Masih saya ingat, Julai 2015 menemukan kembali kita. Tautan kasih yang dijalin lewat group wasap SMJ 1982/83, UKM 84/88 dan UUM Pioneer. Lalu masing masing membuka kembali lipatan siri kehidupan hari ini dan semalam. Menyulan ketawa bersama sendu yang beriring.

Benarlah............tiada apapun yang kekal. Semuanya telah berubah, usia dan kehidupan. Yang kekal hanyalah kenangan meski 30 tahun dulu telah jauh kita tinggalkan. Sayu mengenangkan rakan rakan yang telah mendahului. Yang tinggal hanyalah ingatan seperti bait bait pantun:

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA

Pesanan buat semua, terutama diri ini yang selalu terleka. Sayangilah sahabat. meski jauh dan dekat, meski berbeza rentak perbualan, pun jua taraf kehidupan selagi ada hayat dikandung badan. Jangan terpisah dek perbezaan. Jadikan ia rencah yang memaniskan kehidupan. Kirimkan ucapan biar tidak bertemu.Hulurkan bicara rindu di alam maya. Kelak bila kehidupan ini ditinggalkan. Bagaimana diri ini mau dikenang.

Setiap kita punya keistimewaan. Tetapkan berkasih sayang kerana persahabatan terlalu mahal harganya untuk dibazirkan. Buat renungan kita

Adakala kita tersalah,
Allah datangkan sahabat untuk tegur....

Adakala kita betul,
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur....

Adakala kita diuji,
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita....

Adakala sahabat kita diuji,
Allah bagi kekuatan untuk kita bantu dia....

Jadi, hargailah sahabat.....
MUNGKIN kerana DIA, kita KE SYURGA...

Kata Hikmat BUYA HAMKA


Cukup dulu buat permulaan, hingga jumpa lagi di coretan akan datang.
Salam sayang buat semua.